Followers

Thursday, 11 August 2011

Dessert Idaman di Bulan Puasa

sekadar gambar hiasan


hai readers! seminggu dah aku tak update blog ni.sebok la sangat kan!hee... So arini dengan berbangganye aku nak cite aku dah pandai wat Puding Caramel.yeay! Nak resipi die tak?



Puding Karamel Feqah
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas


Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad


Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.


Resipi ni asal dari TERATAK IMPIAN. kalau korang tengok blog ni,perghh..memang terliur beb

Time kasih kepada kakakku kerana bagi galakan nak wat puding yang senang gile ni.sebab aku memang pemalas bab2 wat dessert ni


nampak bersinar kan Puding Caramel aku?^^

tapi aku rase yang gambar hiasan tu lagi menarik perhatian kan?eh,puding aku sedap weii...dont judge a puding by its color.hihi...

okla,nak p melantak puding jap

BYE!



2 comments:

Anonymous said...

miss kotak wat caramel la....

Miss Kotak said...

anon : haah!nk? :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...